Pengaruh Sikap Terhadap Komitmen Guru Dalam Membuat Keputusan Di SMK Berpencapaian Tinggi: Galakan Pengetua Sebagai Perantara

Norazlinda Saad

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh sikap guru dan galakan pengetua sebagai perantara terhadap komitmen guru dalam membuat keputusan di sekolah menengah berpencapaian tinggi di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data. Sampel kajian ini adalah 399 orang guru yang dipilih secara rawak dari SMK berpencapaian tinggi di seluruh negeri Kedah. Soal selidik kajian ini mengandungi 40 item serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha 0.94. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan adalah tinggi manakala tahap komitmen guru dalam membuat keputusan adalah pada tahap sederhana. Analisis regresi menunjukkan bahawa Sikap Guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Komitmen Guru iaitu Kesetiaan dan Kesediaan untuk Kekal. Hal ini dengan jelas menggambarkan bahawa guru‐guru yang menunjukkan sikap yang positif semasa terlibat dalam proses membuat keputusan di sekolah berpencapaian tinggi akan terus kekal dalam sekolah tersebut. Dapatan turut menunjukkan bahawa Galakan Pengetua menjadi perantara separa antara hubungan Sikap Guru dan Kesetiaan dan Kesediaan untuk Kekal dalam membuat keputusan. Ini menjelaskan bahawa Galakan daripada pengetua secara berterusan akan mempengaruhi sikap guru untuk turut terlibat dalam membuat keputusan dan seterusnya meningkatkan komitmen guru.

Keywords: Membuat keputusan, sikap guru, komitmen guru, galakan pengetua


Full Text: PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


| Back to Other Journals | Sign My Guestbook |